Zidane resah fikirkan Hazard

MADRID – Ketua jurulatih Real Madrid, Zinedine Zidane me­ngakui ‘pening’ dengan masalah fizikal melibatkan pemain perancang sensasi, Eden Hazard yang belum cergas untuk beraksi pada awal saingan La Liga musim ini.

Sebagai rekod, Hazard yang berhijrah ke Real dari Chelsea tahun lalu dengan rekod perpindahan sebanyak €100 juta (RM487 juta) gagal mempamerkan aksi yang diharapkan pada musim pertamanya bersama The Galacticos.

Kini, pemain antarabangsa Belgium itu difahamkan sekali lagi tiba ke Madrid untuk melaporkan diri dengan berat badannya naik mendadak sekali gus menyaksikan Zidane terpaksa menyisih­kan nya pada aksi pembukaan La Liga.

Kata Zidane, ruang dan masa akan diberikan kepada Hazard untuk kembali mendapatkan kecergasan dan tahap stamina yang diperlukan sebelum kembali memberi peluang buatnya diturunkan dalam kesebelasan utama.

“Saya tidak tahu bila Hazard akan kembali diturun­kan bersama skuad utama ke­rana apa yang boleh saya sahkan dia belum cergas sepenuhnya. Justeru, saya memberi masa serta ruang buatnya untuk berlatih dengan serius,” katanya.

Mengulas lanjut, prestasi yang tidak menentu melanda Hazard ketika ini membuka peluang buat Zidane menggunakan khidmat perancang muda dari Denmark, Martin Odegaard.

“Odegaard perlu merebut peluang andai diturunkan pada beberapa perlawanan akan datang kerana kami memandang tinggi dengan bakatnya selepas beraksi cemerlang secara pinjam sejak beberapa musim lepas,” katanya. – AGENSI

The post Zidane resah fikirkan Hazard appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *