Zahirah Macwilson umum hamil 6 bulan

KUALA LUMPUR – Pelakon, Zahirah Macwilson mengumumkan kehamilan anak pertamanya yang kini sudah memasuki enam bulan.

Berita gembira itu dikongsi oleh Zahirah atau nama sebenarnya Nur Zahirah MacWilson, 25, menerusi imej imbasan bayi yang dimuat naik dalam Instagramnya sebentar tadi.

“Kandungan (bayi) yang kami sayangi kini berusia enam bulan.

“Ibu dan ayah tidak sabar untuk bertemu dengan awak,” katanya ringkas.

 

 

Dalam pada itu, suaminya yang juga pelakon, Aiman Hakim Ridza turut memuat naik foto yang sama dalam Instagramnya.

“Tak sabar hendak bertemu dengan si kecil kami yang merupakan separuh daripada saya dan separuh lagi daripada orang yang saya cintai. Alhamdulillah,” ujarnya.

Zahirah dan Aiman mendirikan rumah tangga pada 20 Februari 2020 dalam sebuah majlis pernikahan tertutup di Petaling Jaya. – K! ONLINE

The post Zahirah Macwilson umum hamil 6 bulan appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *