Warga emas rugi RM90,000 ditipu Macau Scam

Oleh SITI NUR MAS ERAH AMRAN

SEBERANG PERAI – Seorang wanita warga emas kerugian RM90,000 selepas terpedaya dengan taktik sindiket Macau Scam yang mendakwa beliau terbabit dalam kes pengubahan wang haram di Kepala Batas di sini semalam.

Mangsa yang berusia 72 tahun itu dikatakan menerima panggilan telefon seorang individu berpangkat Sarjan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen Negeri Sembilan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd. Noor berkata, mangsa menurut segala arahan daripada individu berkenaan malah memberikan nombor kad debit serta tiga digit nombor di bahagian belakang kad terbabit.

“Mangsa yang bekerja sebagai pembantu am rendah itu turut menyerahkan nombor Kod Pengesahan Transaksi (TAC) sebanyak lima kali kepada individu berkenaan.

“Bagaimanapun, mangsa menyedari dirinya ditipu selepas menyemak baki akaun banknya berkurangan dan tampil membuat laporan polis untuk tindakan lanjut,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – K! ONLINE

The post Warga emas rugi RM90,000 ditipu Macau Scam appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *