Warga emas maut kereta terjunam dari tingkat 3

KUALA LUMPUR – Seorang warga emas maut selepas pacuan empat roda dipandunya terjunam dari tingkat tiga tempat letak kenderaan Apartmen Melur di Bandar Baru Sentul petang tadi.

Dalam kejadian pukul 6.10 petang itu, mangsa, Nordin Hassan,63, yang memandu pacuan empat roda jenis Toyota Land Cruiser dikatakan terlanggar tembok tempat letak kenderaan itu sebelum terjunam ke bawah.

Jurucakap Pusat Operasi Jabatan Bomba Kuala Lumpur berkata, sepasukan pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Sentul dikerahkan ke lokasi sebaik terima panggilan pada pukul 6.18 petang.

“Sebaik tiba pihak bomba dapati kenderaannya berada dalam keadaan terbalik manakala mangsa pula dipercayai tercampak keluar akibat kejadian tersebut.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan dan kes diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – K! ONLINE

The post Warga emas maut kereta terjunam dari tingkat 3 appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *