Wanita jumpa ular berkepala dua dalam rumah

ALEXANDER, CAROLINA UTARA – Seorang wanita terkejut apabila menemui seekor ular berkepala dua ketika beristirahat di kediamannya, di sini baru-baru ini, lapor stesen televisyen WSOC-TV.

Wanita tersebut, Jeannie Wilson berkata, dia hanya menyedari tentang keadaan reptilia itu selepas menantunya pulang ke rumah untuk menangkap ular berukuran 30 sentimeter itu.

“Saya terus menghubungi menantu lelaki saya yang berada tidak jauh dari rumah sebaik melihat ular tersebut.

“Saya tidak gila, ular itu memang berkepala dua dan selepas menantu saya tiba di rumah dia juga mengatakan perkara sama,” katanya.

Menurut Wilson, sejurus kejadian itu, dia menyerahkan reptilia tersebut ke Pusat Sains Catawba yang mengesahkan haiwan berkenaan merupakan ular tikus dan tidak berbisa.

Sementara itu, ular yang dinamakan Double Trouble tersebut akan ditempatkan di pusat tersebut untuk digunakan dalam program pendidikan kanak-kanak.

Pusat sains itu berkata, reptilia tersebut dipercayai mempunyai dua kepala akibat daripada mutasi yang berlaku terhadap seekor dalam 100,000 ekor ular tikus. – Agensi

The post Wanita jumpa ular berkepala dua dalam rumah appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *