Wanita disengat tebuan semasa aktiviti rentas hutan

Oleh ZAKI SALLEH

TANJUNG MALIM – Aktiviti riadah rentas hutan seorang wanita bertukar malang apabila dia disengat tebuan di Teratak River View, Ulu Bernam, Selangor hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 5.40 petang semasa mangsa sedang melalui kawasan denai berdekatan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tanjung Malim, Azizul Ahmad Bizayan berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 6 petang bagi membantu BBP Kuala Kubu Baharu.

Katanya, mangsa seorang wanita berketurunan Melayu berusia 33 tahun telah disengat haiwan berbisa itu ketika melakukan rentas hutan di tempat kejadian.

“Sepasukan anggota BBP Tanjung Malim telah dihantar ke lokasi menaiki kenderaan pacuan empat roda untuk memberikan bantuan kecemasan.

“Mangsa dibawa turun menaiki kenderaan berkenaan sebelum diserahkan kepada petugas perubatan untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Mangsa yang mengalami lebam akibat sengatan kemudian dibawa ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan.

Operasi tamat sepenuhnya pada pukul 7.57 malam. – K! ONLINE

The post Wanita disengat tebuan semasa aktiviti rentas hutan appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *