Wan Fayhsal Ketua baru Armada

KUALA LUMPUR- Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal diangkat menjadi Ketua Pemuda Bersatu (Armada) selepas menewaskan lawan tunggalnya, Muzammil Ismail dalam pemilihan parti semalam.

Keputusan diumumkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Bersatu, Syed Hamid Albar.

Wan Fayhsal menerusi hantaran ringkas di laman Facebook merakamkan penghargaan kepada ahli Armada.

“Kita akan terus menggembleng tenaga bagi membina Malaysia yang lebih baik, insya Allah.

“Semoga semua kita terus ikhlas dan istiqamah bagi menyumbang kepada agama, bangsa dan negara,” menurut kenyataan di laman Facebooknya.

Naib Ketua Armada disandang oleh Ceasar Mandela Malakun yang menewaskan empat calon lain, iaitu Ashraf Mustaqim Badrul Munir, Anas Akashah Nazri, Adam Asmuni dan Muhammad Syafiq Aziz.

Seramai 9,469 perwakilan mengambil bahagian dalam pengundian semasa persidangan bahagian Armada. -K! ONLINE

The post Wan Fayhsal Ketua baru Armada appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *