[VIDEO] Wanita mati bukan sebab Covid-19

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Video tular memaparkan mayat wanita diangkat keluar daripada sebuah premis di Jalan Tugu, Kampung Air dipercayai meninggal dunia bukan disebabkan Covid-19.

Sebaliknya wanita berkenaan dipercayai meninggal disebabkan penyakit yang dihadapi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, wanita dikenali sebagai Peggy Wong Bik Kee, 37, dikatakan menghidapi penyakit kencing manis dan darah tinggi.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Habibi Majinji berkata, siasatan awal mendapati mangsa tinggal seorang diri sejak empat tahun lalu.

“Mangsa dijumpai terbaring di atas tilam dalam keadaan tidak sedarkan diri sejurus pintu bilik mangsa dibuka oleh pemilik rumah menggunakan kunci pendua.

“Pasukan paramedik Hospital Queen Elizabeth (HQE) yang tiba di lokasi kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia pada jam 1.04 petang.

“Mayat mangsa kemudiannya dihantar ke Jabatan Forensik HQE untuk ujian Covid-19 sebelum proses bedah siasat bagi mengenalpasti punca sebenar kematian mangsa,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Habibi berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan setakat ini, kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

“Kita juga meminta orang awam agar tidak menularkan video terbabit dan berhenti membuat sebarang spekulasi sementara menunggu laporan perubatan pihak hospital,” katanya. – K! ONLINE

The post [VIDEO] Wanita mati bukan sebab Covid-19 appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *