[VIDEO] Luqman dah sampai Brussels

KUALA LUMPUR – Penyerang muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Brussels sebentar tadi selepas ‘terbang’ ke bumi Belgium lewat malam semalam.

Pemain berusia 18 tahun dari Kota Bharu, Kelantan itu akan menjalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari sebelum menyertai sesi latihan kelab Liga Pro Belgium, KV Kortrijk.

Produk Akademi Mokhtar Dahari itu akan menggunakan jersi nombor 9 selepas Kortrijk mendedahkan perkara berkenaan dalam satu video yang telah dimuat naik dalam laman sosial Twitter kelab tersebut. – K! ONLINE

 

LUQMAN (kanan) menunjukkan jersi nombor 9 Kortrijk sambil diperhatikan Ketua Usaha Sementara Kedutaan Besar Malaysia ke Belgium, Prisheela Prakas. Kredit foto EL-EF SPORTS1

 

The post [VIDEO] Luqman dah sampai Brussels appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *