[VIDEO] KL dilanda banjir kilat

KUALA LUMPUR – Tiga kawasan sekitar ibu negara dilanda banjir kilat susulan hujan lebat sejak pukul 1 petang tadi.

Paras air naik setinggi 1.5 meter di Lebuh Ampang, Jalan Raja Alang di Kampung Bharu dan Jalan Semarak.

Bagaimanapun, tiada mangsa dilaporkan terkandas akibat kejadian tersebut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 4.25 petang.

“Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tun Razak, BBP Titiwangsa terlibat dalam operasi tersebut.

“Sehingga kini operasi pemantauan masih dijalankan di lokasi banjir bagi memastikan keselamatan orang awam yang melalui jalan tersebut,” katanya ketika dihubungi Kosmo! hari ini. – K! ONLINE

 

The post [VIDEO] KL dilanda banjir kilat appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *