[VIDEO] 3 kenderaan terperangkap dalam banjir kilat di ibu negara

KUALA LUMPUR – Hujan lebat berterusan selama tiga jam di ibu negara petang tadi mengakibatkan beberapa kawasan mengalami banjir kilat sekali gus menyebabkan tiga kenderaan terperangkap.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, panggilan kecemasan pertama diterima pada pukul 6.22 petang membabitkan sebuah pacuan empat roda jenis Nissan X-Trail terperangkapĀ  di Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR 2) menghala ke Seri Petaling akibat banjir kilat.

“Sebaik tiba pada pukul 6.41 petang, pihak bomba mendapati pemandu terperangkap bersama pacuan empat roda tersebut susulan paras air naik setinggi 0.6 meter.

“Mangsa berjaya diselamatkan selepas keadaan kembali terkawal pada pukul 7.03 malam tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Jelas jurucakap itu, dalam kejadian berasingan, dua kenderaan jenis Toyota Vios dan Proton Wira terperangkap di Jalan Cheras susulan air naik sehingga paras pinggang.

“Sebaik tiba, mendapati tiada pemandu dalam dua kenderaan tersebut dan keadaan terkawal pada pukul 7.10 malam tadi,” ujarnya. – K! ONLINE

 

The post [VIDEO] 3 kenderaan terperangkap dalam banjir kilat di ibu negara appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *