Vaksin Pfizer turunkan kes Covid-19 di Israel

LONDON – Kes Covid-19 mula menunjukkan penurunan di Israel setelah negara itu memberikan dos kedua vaksin keluaran Pfizer kepada rakyatnya, lapor akhbar Daily Mail.

Israel mula memberikan dos kedua keapda rakyatnya pada 10 Januari lalu dan penurunan ketara dapat dilihat dalam kelompok golongan tua dan muda.

Kadar harian bagi pesakit berusia 60 tahun ke atas menurun 46 peratus berbanding waktu puncak pada pertengahan bulan lalu.

Penurunan juga dicatat bagi golongan 60 tahun ke bawah, menurut kajian Institut Weizmann Tel Aviv.

Sehingga Khamis lalu, sebanyak 76 peratus golongan berusia 60 tahun ke atas telah menerima suntikan kedua vaksin Pfizer.

Kadar kemasukan ke hospital turut mencatat penurunan sebanyak 35 peratus berbanding tengah bulan lalu, sementara golongan muda berada di paras sama. – Agensi

The post Vaksin Pfizer turunkan kes Covid-19 di Israel appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *