UPKO KUALA PENYU TERUS BERSINAR

KUALA PENYU: Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) kawasan Kuala Penyu terus bersinar di bawah Ketua Bahagian UPKO Beaufort, Nelson W Angang.

Kelmarin, satu cawangan baru iaitu Cawangan Kiaru Bawah, Pusat Daerah Mengundi (PDM) Tenambak telah ditubuhkan dengan menyaksikan sebanyak 37 penyerahan borang keahlian bertempat di pejabat UPKO di sini.

Penyerahan borang diterima Presiden UPKO, Datuk Seri Panglima Wilfred Madius Tangau dengan disaksikan Pengerusi Majlis Penasihat UPKO, Tan Sri Wences Angang.

Nelson yang juga Setiausaha Agung UPKO ketika ditemui kemudiannya memaklumkan bahawa UPKO di Beaufort termasuk Kuala Penyu sudah bersiap sedia menghadapi Pilihan Raya Negeri yang dijadualkan pada 26 September depan.

“Kita di sini telah sepakat bersama rakan-rakan kerjasama lain dari parti Warisan, PKR dan Amanah untuk memberi sokongan kepada sesiapa sahaja parti atau calon yang dipilih untuk bertanding.

“Bagi kita, rakyat itu menjadi keutamaan dan kita akan berganding bahu untuk mempertahankan mandat rakyat yang dimenangi dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14),” katanya.-http://beritasabah.com

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *