Unifi tawar iklan TV percuma kepada PKS awal bulan Oktober

KUALA LUMPUR – Unifi bakal melancarkan penawaran iklan televisyen (TV) percuma menjelang awal bulan depan sebagai langkah membantu perusahaan kecil dan sederhana (PKS) menjana lebih keuntungan.

Ketua Segmen PKS di Unifi, Azmi Abdullah berkata, penawaran itu membolehkan kira-kira 1.3 juta pelanggan Unifi TV menonton iklan yang ditawarkan seterusnya membantu mengembangkan perniagaan terlibat.

“PKS adalah antara industri paling teruk terjejas dalam persekitaran ekonomi yang sukar kini. Oleh itu, kami ya­kin melalui inisiatif ini selain perkongsian strategik dengan unifi Business Club (uBC) akan membolehkan mereka terus bernafas.

“Kami akan melancarkan iklan TV percuma pada awal bulan depan, maklumat lanjut mengenainya akan diumumkan nanti,” katanya kepada pembe­rita pada sesi Coffee and Connect di sini semalam.

Turut hadir Ketua Segmen Pemasaran Unifi, Lai Shu Wei.

 

Selain itu, Azmi menjelaskan, unifi turut menawarkan platform pencarian perniagaan secara percuma melalui cari@unifi bagi membantu pelanggan mendapat lebih maklumat mengenai PKS.

“Platform ini bukan sahaja membolehkan pelanggan unifi mendapat maklumat mengenai PKS, malah memperoleh informasi berhubung pernigaan dan perkhidmatan yang ditawarkan,”ujarnya.

Selain penawaran inisiatif itu, ahli uBC turut ditawarkan akses menikmati sokongan daripada rakan strategik unifi seperti RHB Bank dan SME Bank untuk mendapatkan nasihat kewangan.

The post Unifi tawar iklan TV percuma kepada PKS awal bulan Oktober appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *