TNB kuasai satu daripada platform tenaga solar terbesar di UK

KUALA LUMPUR – Tenaga Nasional Bhd. (TNB), muncul pemegang saham terbesar dalam syarikat Vortex Solar Investments S.a.r.l. (Vortex Solar), salah satu platform solar terbesar di United Kingdom (UK) dengan skim subsidi Renewables Obligation Certificate (ROC).

Pemilikan tersebut direa­lisa­si­kan menerusi subsidiari milik penuh TNB, TNB International Sdn. Bhd. (TNBI) yang mengambil alih pegangan Vortex Solar daripada Beaufort Investments S.a.r.l, subsidiari EFG Hermes Holding SAE dengan melibatkan nilai GBP11 juta (RM59 juta).

Pemerolehan tersebut me­ning­katkan pegangan ekuiti TNB dalam Vortex Solar kepada 55 pe­ratus.

Portfolio Vortex Solar me­rangkumi 24 ladang solar dengan kapasiti keseluruhan sebanyak 365 megawatt (MW) yang telah menghasilkan pulangan kukuh secara konsisten sepanjang dua tahun lalu.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pemilikan tersebut merupakan satu pencapaian penting dalam komitmen TNB untuk mengurangkan jejak karbon syarikat dan mengembangkan portfolio perniagaan tenaga boleh diperbaharui (RE).

“TNB kini menguasai pega­ngan majoriti Vortex Solar, sekali gus memperkukuhkan jejak perniagaan Kumpulan dalam bidang RE di Eropah selepas pemilikan penuh Tenaga Wind Ventures UK Ltd. (TWV), portfolio Feed-in-Tariff (FiT) di UK.

“Ia sebahagian strategi untuk mengembangkan perniagaan RE TNB di UK dan Eropah, juga satu langkah terancang untuk menguasai aset-aset RE berprestasi tinggi bermula dengan penguasaan pegangan 100 peratus dalam TWV pada awal tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam kenyata­an yang dikeluarkan di sini semalam.

Meskipun berdepan dengan keadaan tidak menentu akibat wabak Covid-19, prestasi kewa­ngan dan operasi Vortex Solar dan TWV adalah di luar jangkaan.

Penguasaan Vortex Solar me­n­yumbang secara positif kepada kewangan dan objektif strategik TNB, dengan portfolio berkenaan mencatatkan pendapatan sebelum faedah, cukai, susut nilai dan penulasan (EBITDA) berjumlah GBP39.1 juta (RM209.75 juta) pada 2019.

Margin EBITDA syarikat ber­kenaan turut merekodkan pertumbuhan kepada 84 peratus pada 2019, berbanding 80 peratus tahun sebelumnya dan ia dijangka menyumbang secara positif terhadap keuntungan bersih Kumpulan.

The post TNB kuasai satu daripada platform tenaga solar terbesar di UK appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *