Tiga penunggang motosikal ala Superman ditahan

Oleh ROSLIZA MOHAMED

KOTA BHARU – Tiga remaja termasuk seorang pelajar menunggang motosikal dengan aksi ala Superman dicekup anggota polis dalam Op Motosikal dan Samseng Jalanan di Laloh dekat Kuala Krai kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Mohd. Zamri Mohd. Rowi berkata, semua suspek berusia 15 hingga 19 tahun ditahan pukul 1.45 petang.

“Dalam operasi itu, kita dapati semua remaja itu menunggang motosikal dengan aksi meniarap atau ala Superman di atas motosikal dan menundukkan kepala sambil mencelah antara kenderaan lain.

“Melihat aksi itu, anggota polis trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Krai terus mengekori suspek dalam jarak yang dekat sehingga berjaya mengecam suspek,” katanya ketika dihubungi Kosmo! sebentar tadi.

Menurut Mohd. Zamri, ketiga-tiga suspek kemudian memberhentikan motosikal di tepi jalan Lata Rek-Laloh.

Katanya, suspek masing-masing menunggang motosikal jenis Honda EX5, SYM dan Honda Wave dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut.

Tambah Mohd. Zamri, ujian saringan terhadap kesemua suspek mendapati mereka negatif sebarang penyalahgunaan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 28A Kanun Prosedur Jenayah (KPJ). -K! ONLINE

The post Tiga penunggang motosikal ala Superman ditahan appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *