Tiga keldai akaun diberkas polis

KLANG – Polis menahan tiga wanita yang menjadi keldai akaun selepas terlibat dalam penipuan melibatkan jumlah keseluruhan RM21,230 dalam tiga serbuan berasingan bermula Selasa lalu.

Kesemua suspek ditahan berusia 25 hingga 42 tahun ditahan di Negeri Sembilan, Johor dan Selangor.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Nurulhuda Mohd. Salleh berkata, mereka ditahan susulan terlibat dalam penipuan pembelian pelitup muka, telefon bimbit jenis Iphone 6 Dan pinjaman peribadi.

Katanya, berdasarkan hasil siasatan mendapati kesalahan mereka dilakukan dalam tempoh 2015 hingga Julai tahun ini.

“Salah seorang mangsa telah diperdaya dengan membuat lapan transaksi berjumlah keseluruhan RM16,680 di dalam empat akaun yang berbeza.

“Mangsa ditipu untuk tujuan pinjaman peribadi sebanyak RM20,000,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Kata Nurulhuda, semakan mendapati ketiga-tiga wanita terbabit masing-masing mempunyai dua, tiga dan lima rekod lampau melibatkan kes penipuan.

Jelasnya, salah seorang daripada suspek telah dituduh di Mahkamah Klang dengan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

“Justeru, kita menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan tipu helah yang dilakukan pihak tertentu.

“Orang ramai juga perlu membuat semakan secara terperinci sebelum melakukan apa-apa transaksi dan pembayaran dengan membuat semakan melalui http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ bagi melihat sama ada akaun itu pernah disiasat atau sebaliknya,” katanya. – K! ONLINE

The post Tiga keldai akaun diberkas polis appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *