Tidak serik palsukan dokumen kayu import

KLANG – Walaupun telah dua kali ditangkap memalsukan sijil fitosanitasi (sijil kesihatan tumbuhan) nyata tidak mengerunkan sebuah syarikat pengimportan apabila membuat kesalahan sama kelmarin.

Dalam serbuan pukul 1.30 tengah hari itu sebanyak 652.76 tan kayu jenis swan dirampas daripada tujuh tongkang di Pelabuhan Klang Selatan.

Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor, Dr. Tarmisal Alimin berkata, kejayaan itu hasil kerjasama bahagian risikan Pasukan Polis Marin Selangor mengesan tujuh buah tongkang dalam perjalanan ke pelabuhan tersebut daripada Myanmar.

Katanya, hasil pemeriksaan mendapati tongkang itu membawa masuk muatan kayu jenis Swan dengan dipercayai memalsukan sijil fitosantasi dari Myanmar.

“Kesemua dagangan kayu seberat 652.76 tan termasuk tujuh buah tongkang dirampas dengan nilai keseluruhan RM425,660.53.

“Hasil semakan mendapati ini merupakan kali ketiga MAQIS Selangor merampas tongkang dan kayu dari negara Myanmar tahun ini,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau menambah, pihaknya telah mengesan pemilik syarikat tersebut yang merupakan warga tempatan.

Ujar Tarmisal, siasatan lanjut sedang dijalankan dengan kes disiasat mengikut Seksyen 13, Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728).

“Jika disabitkan kesalahan, syarikat it boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara selama tempoh tidak melebihi dua tahun atau kedua duanya,” katanya. – K! ONLINE

The post Tidak serik palsukan dokumen kayu import appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *