Tiada kluster mahkamah setakat ini – KP Kesihatan

PUTRAJAYA – Tiada laporan peningkatan kes secara mendadak diterima membabitkan perhimpunan solidariti penyokong bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada 28 Julai lalu

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes jangkitan baharu yang dikesan buat masa ini membabitkan kes perhimpunan semasa perayaan Aidilaha melibatkan Kluster Sivagangga, Kurau dan Meranti.

“Kita tidak lihat ada trend kes meningkat secara mendadak berkaitan perhimpunan tersebut.

“Namun begitu, KKM akan terus menjalankan pemantauan setiap masa,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Kementerian Kesihatan sebelum ini memaklumakan pihaknya ada tempoh dua minggu untuk melihat jika ada pertambahan kes jangkitan Covid-19 berikutan perhimpunan di kompleks mahkamah itu.

Sementara itu, Noor Hisham memberitahu, seorang pelajar di sebuah sekolah di Lembah Pantai didapati negatif selepas ujian pengesahan Covid-19 diulang sebanyak dua kali dalam tempoh 24 jam.

Katanya, tindakan proaktif saringan kontak rapat telah dijalankan ke atas 54 individu melibatkan 42 di sekolah menengah kebangsaan selain empat ahli keluarga, lima rakan keluarga dan tiga anggota kesihatan.

“Kesemua ujian pengesahan Covid-19 untuk 54 individu ini adalah negatif,” katanya -K! ONLINE

The post Tiada kluster mahkamah setakat ini – KP Kesihatan appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *