Tengku Sri Laksamana Raja Terengganu mangkat

KUALA TERENGGANU – Tengku Sri Laksamana Raja, Tengku Sulaiman Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah telah mangkat hari ini.

Baginda yang juga ayahanda saudara Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin mangkat di Hospital Gleneagles, Kuala Lumpur pada pukul 10.15 pagi.

Setiausaha Sulit Sultan Terengganu, Hadi Hassan berkata, jenazah Tengku Sulaiman di bawa ke Istana Maziah di sini untuk upacara penghormatan terakhir.

“Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah, Yang Dipertuan Muda Terengganu, Tengku Muhammad Ismail dan kerabat diraja yang lain berangkat untuk memberi penghormatan terakhir kepada almarhum.

“Jenazah baginda dijadual dimakamkan di Makam Diraja Masjid Abidin di sini selepas solat Maghrib (hari ini),” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Tengku Sulaiman merupakan ayahanda kepada penyanyi Anis Suraya, Shawn Baharin dan Shaharum.

Sementara Anis Suraya yang terkenal dengan lagu ‘Cinta tersimpul rapi’ telah memuat naik status memaklumkan berita dukacita itu di akaun Facebook peribadinya.

“Mohon sedekahkan al-Fatihah dan sama-sama doakan supaya almarhum ayahanda (saya) ditempatkan bersama orang-orang yang beramal soleh,” katanya. – K! ONLINE

The post Tengku Sri Laksamana Raja Terengganu mangkat appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *