Tahanan lari ditahan bersembunyi bersama teman lelaki

Oleh ABDUL RASHID BIN ABDUL RAHMAN

RAUB – Selepas 10 hari melarikan diri daripada tahanan polis seorang wanita berjaya ditahan ketika bersembunyi di sebuah rumah di Kampung Gali Hilir di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Raub, Superintendan Kama Azural Mohamed beekata, dalam serbuan kira-kira pukul 9 malam itu suspek yang bersembunyi di rumah rakannya ditahan bersama seorang lelaki dipercayai teman lelakinya.

“Dalam serbuan itu pihak polis menahan kedua-dua suspek yang berada di dalam bilik sebelah kiri rumah berkenaan.

“Turut dirampas adalah motosikal yang digunakan oleh suspek untuk melarikan diri dari tahanan polis pada 14 September lalu,”katanya di sini tadi.

Pada 14 September lalu seorang tahanan wanita yang dituduh dalam kes Akta Dadah Berbahaya nekad melarikan diri dalam keadaan tangan bergari ketika dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Raub.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu, suspek, Saidatina Aida Sahabudin,23, bertindak melarikan diri dalam keadaan tangan bergari selepas selesai sebutan kes di Mahkamah Sesyen Raub.

Menurut Kama Azural, kedua-dua suspek ditahan di bawah Seksyen 224 Kanun Keseksaan dan Seksyen 225 Kanun Keseksaan. -K! ONLINE

 

The post Tahanan lari ditahan bersembunyi bersama teman lelaki appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *