Suri rumah maut dirempuh pemandu lalok

Oleh YATIMIN ABDULLAH

PASIR MAS – Seorang suri rumah maut dirempuh pemandu yang berada di bawah pengaruh dadah dalam kejadian di Jalan Pasir Mas-Meranti berhampiran Kampung Pohon Buluh di sini pagi tadi.

Mangsa, Noriha Zakaria, 28, maut ketika sedang menerima rawatan kecemasan di Hospital Pasir Mas selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian perut.

Difahamkan, kejadian pukul 9.30 pagi itu berlaku ketika mangsa sedang membeli daging di sebuah gerai di tepi jalan sebelum dirempuh oleh sebuah kereta jenis Perodua Alza yang datang secara mengejut.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Mohamad Roy Suhaimi Sharif berkata, siasatan awal mendapati kereta yang dipandu oleh lelaki berusia 29 tahun itu hilang kawalan sehingga merempuh kedai yang menjual daging itu.

Menurutnya, kereta itu kemudian telah melanggar mangsa yang sedang membeli daging.

“Keputusan air kencing suspek didapati positif dadah Methapetamine.

“Suspek turut mengalami kecederaan di lengan dan kaki,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 44 Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952. – K! ONLINE

The post Suri rumah maut dirempuh pemandu lalok appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *