SURAT MUSA AMAN MOHON TANAH UNTUK SYARIKATNYA TULAR

KOTA KINABALU: Sekeping surat daripada Jabatan Tanah dan Ukur (JTU) tular yang mengaitkan bekas ketua menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman dengan bekas pengarah JTU, Datuk Osman Jamal dalam memberi kelulusan tanah kepada syarikat, Corak Nakhoda Sdn Bhd.

Surat bertarikh 20 November 1997 itu menunjukkan syarikat Corak Nakhoda memohon tanah berkeluasan 20,000 ekar untuk tujuan pertanian.

Selain surat ditandatangani Osman, turut tular adalah dokumen yang menunjukkan bahawa Musa adalah seorang daripada tiga pengarah syarikat itu semasa permohonan dibuat.

Sekeping gambar juga tular menunjukkan peta lokasi tanah berkenaan terletak di Tongod.

Menurut laporan portal Borneo Today, semua dokumen itu ditularkan menerusi blog shahbudindotcom.net.

Portal itu turut mempersoalkan adakah Musa ketika menjadi Pengerusi Yayasan Sabah boleh memohon tanah untuk syarikatnya dan permohonan disokong Osman.

Menurut portal itu lagi, blog berkenaan melaporkan permohonan tanah dibuat ketika Musa menyandang jawatan Pengerusi Yayasan Sabah sejak Mac 1995 sehingga beliau meletakkan jawatannya pada Mac 1999 selepas bertanding atas tiket UMNO di DUN Sungai Sibuga.

“Persoalannya di sini, mengapa Musa Aman yang pada ketika itu memegang jawatan Pengerusi Yayasan Sabah memohon tanah negeri untuk kegunaan syarikatnya sendiri?

“Bukankah ini sudah menjadi suatu kesalahan kerana wujudnya ‘conflict of interest’ dan semestinya kes ini perlu disiasat oleh pihak berkuasa,” lapor portal itu.

Portal itu juga melaporkan dakwaan kemarahan Osman terhadap kerajaan Warisan yang memberikan geran tanah kepada rakyat terjawab selepas surat berkenaan mendedahkan pembabitannya semasa menjadi Pengarah JTU.

ÔÇťOsman selepas melompat menyokong Musa, turut lantang mengkritik tindakan
Shafie (Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal) yang memberikan geran tanah kepada rakyat Sabah.

“Sekarang, baru kita tahu mengapa beliau sangat marah apabila kerajaan Warisan memberikan geran ini kerana beliau juga salah seorang yang terkait dalam skandal tanah negeri Sabah yang diluluskan kepada rakan-rakan politiknya, termasuk Musa.

“Jadi, sekiranya benar dakwaan ini maka sahihlah rakyat Sabah sebenarnya sudah tertipu sejak berpuluh tahun oleh bekas pemimpin negeri yang berhasrat untuk menjadi ketua menteri sekali lagi,” lapor portal itu menurut blog shahbudindotcom.net.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *