Spurs kempunan khidmat Ings

SOUTHAMPTON – Pengurus pasukan Southampton, Ralph Hasenhuttl menegaskan bahawa penyerangnya, Danny Ings tidak akan meninggalkan pasukan itu biarpun dikaitkan ­dengan perpindahan ke Tottenham Hotspur.

Spurs menyertai perlumbaan di pasaran perpindahan bagi mendapatkan khidmat seorang lagi penyerang untuk memberikan sokongan kepada Harry Kane dan menamakan Ings sebagai antara pemain pilihan mereka.

Ings berjaya meledak 22 gol musim lalu untuk bersaing merebut gelaran kasut emas dan ketajamannya menyebabkan namanya disenaraikan di dalam skuad England oleh Gareth Southgate.

Bagaimanapun, menurut Hasenhuttl, pemain berusia 28 tahun itu tidak berminat untuk mencari angin baharu dan mahu kekal bersama ­Southampton.

“Apa yang saya mahu katakan mengenai khabar angin ini adalah Ings tidak beminat untuk meninggalkan pasukan ini. Kami tidak mahu bincangkan apa-apa mengenai spekulasi ini. Ings gembira apa yang kami lakukan untuknya dan mahu terus bermain bersama pasukan ini,” jelasnya.

Spurs terdesak untuk mendapatkan penyerang baharu selepas seorang lagi pemain sasaran mereka dari Trab­zonspor, Alexander Sorloth menolak tawaran mereka untuk menyertai RB Leipzig.

Presiden Trabzonspor, Ahmet Agaoglu mengesahkan bahawa mereka telah mencapai persetujuan bersama Leipzig mengenai perpindahan Sorloth yang berjaya meledak 33 gol dalam semua kejohanan sepanjang musim lalu. – AGENSI

The post Spurs kempunan khidmat Ings appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *