SPRM kaji elemen rasuah tender rundingan terus

KUALA LUMPUR- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan menyiasat elemen rasuah berhubung pemberian 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.

SPRM dalam satu kenyataan berkata, pihaknya turut menerima beberapa memorandum daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO).

“SPRM akan mendapatkan senarai 101 projek daripada Kementerian Kewangan yang dikatakan diberi secara rundingan terus semasa pemerintah kerajaan terdahulu. Satu kajian menyeluruh akan dibuat bagi menenrukan sama ada wujud unsur-unsur rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa berhubung perkara ini.

“Sehubungan itu, SPRM menggesa semua pihak untuk memberikan ruang kepada suruhanjaya ini untuk meneliti perkara berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE

The post SPRM kaji elemen rasuah tender rundingan terus appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *