SMK KONVEN ST CECELIA TEMPAT KEEMPAT KUIZ SPM BIBLE KNOWLEDGE

SANDAKAN: Dua pasukan daripada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Konven St Cecelia mendapat tempat keempat dan keenam daripada 13 pasukan di seluruh negara dalam Pertandingan Kuiz Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) Bible Knowledge 2020.

Kedua-dua pasukan terbabit mengikuti pertandingan itu yang diadakan secara atas talian pada 1 Ogos lalu.

Mereka turut menerima insentif sebagai penghargaan daripada Ketua Bahagian UPKO Libaran yang juga Ahli Majlis Tertinggi UPKO Malaysia, Dr Peter Jr Naintin.

Menurut Peter, penghargaan itu yang diadakan di Sekolah Menengah (SM) St Mary di sini adalah bertujuan menyuntik semangat dan motivasi kepada pelajar yang mengambil mata pelajaran Bible Knowledge dalam SPM.

Selain dua pasukan itu, Peter turut memberikan insentif tambahan kepada 21 pelajar yang telah mencapai prestasi yang baik dalam kuiz berkenaan.

Mereka membabitkan pelajar daripada
sekolah misi di daerah iaitu SM St Mary Sandakan, SM Sung Siew dan SM St Micheal, serta seorang pelajar yang mewakili Gereja Indah Anglican.

Pertandingan kali ke-24 itu dibuat secara atas talian susulan pandemik Covid-19 dan disertai 2,322 peserra daripada seluruh negara.

Daripada jumlah itu, seramai 800 peserta adalah mewakili Sabah dan Labuan membabitkan 47 pasukan daripada negeri ini dan sembilan pasukan dari Labuan.-http://beritasabah.com

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *