Seorang kakitangan JKR positif Covid-19

KUALA LUMPUR – Seorang kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) di ibu pejabat JKR di Jalan Sultan Salahuddin di sini disahkan positif Covid-19 semalam.

Menurut kronologi perjalanan kakitangan tersebut yang dikeluarkan JKR, dia disahkan positif Covid-19 ketika dalam penerbangan daripada Kuching, Sarawak untuk menghadiri satu mesyuarat selepas mengambil ujian swab secara rawak di Lapangan Terbang Kuching pada 14 September lalu.

“Dalam perjalanan pulang, pihak Hospital Kuching telah menghubungi beliau dan memaklumkan beliau positif Covid-19,” menurut kenyataan yang dikeluarkan JKR hari ini.

Menurut JKR, kakitangan itu telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan lanjut sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur semalam.

“JKR telah mengemukakan senarai nama kontak rapat kepada Kementerian Kesihatan. Untuk makluman, kontak rapat di kalangan kakitangan JKR telah dan akan menjalani saringan kesihatan serta menjalani proses kuarantin di rumah.

“Langkah proaktif telah diambil dengan menjalankan proses disinfeksi ke atas ruang pejabat dan kawasan persekitaran,” ujarnya.-K! ONLINE

The post Seorang kakitangan JKR positif Covid-19 appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *