Sembilan ditahan berjudi depan gerai makanan

SEBERANG PERAI – Seorang lelaki warga Bangladesh antara sembilan individu yang ditahan polis ketika sedang leka berjudi di hadapan sebuah gerai di Pusat Perniagaan Makanan, Pasar Awam Kota Permai, Bukit Mertajam di sini hari ini.

Dalam serbuan kira-kira pukul 2.30 petang itu, mereka yang ditahan terdiri tiga lelaki dan lima wanita warga tempatan berusia di antara 51 hingga 69 tahun serta seorang warga asing.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd. Samad berkata, siasatan polis mendapati kesemua mereka mengaku sedang bermain judi jenis daun pakau ketika serbuan Ops Limau itu.

“Kita merampas sebanyak 52 keping kad daun pakau dan wang tunai di atas meja berjumlah RM15,980.

“Mereka masing-masing turut dikompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP),” katanya ketika dihubungi hari ini.

Beliau berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 7(2) Akta Rumah Judi Terbuka 1953. – K! ONLINE

The post Sembilan ditahan berjudi depan gerai makanan appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *