Semakan kehakiman DUN Sabah: Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu tolak permohonan 33 ADUN

KOTA KINABALU – Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu, hari ini, menolak permohonan semakan kehakiman oleh 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk mencabar keputusan pembubaran DUN Sabah.

Pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim membuat keputusan berkenaan selepas mendengar hujah dikemukan peguam, Tengku Fuad Tengku Ahmad mewakili 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang mengemukakan permohonan semakan terbabit selain Peguam Besar Negeri, Brenndon Keith Soh.

Sebelum ini, 33 ADUN berkenaan terdahulu mendakwa mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan baharu pada 29 Julai lalu. – K! ONLINE

The post Semakan kehakiman DUN Sabah: Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu tolak permohonan 33 ADUN appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *