Semakan kehakiman bubar DUN Sabah diketahui Jumaat ini

Oleh IVAN AMIRUL

KOTA KINABALU – Kebenaran permohonan semakan kehakiman mengenai Pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hanya akan diketahui pada Jumaat ini.

Pesuruhjaya Kehakiman, Leonard David Shim menetapkan tarikh berkenaan selepas mendengar hujah peguam mewakili 33 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang menghantar permohonan semakan, Tengku Fuad Ahmah, Peguam Besar Negeri, Brenndon Keith Soh dan peguam kanan persekutuan.

Semua ADUN berkenaan diminta menghantar jawapan bagi menjawab hujah diutarakan Peguam Besar Negeri Sabah, Brenndon Keith Soh pada Rabu ini.

Hujah balas berkenaan diperlukan untuk mendengar dan membuat keputusan berkaitan pembubaran DUN Sabah.

Musa dan 32 wakil rakyat lain mempersoalkan permohonan bertulis Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal kepada Yang di-Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin pada 29 Julai lalu yang memohon DUN dibubarkan.

Terdahulu, lebih 25 ADUN mengemukakan permohonan semakan kehakiman hadir ke Kompleks Mahkamah Kota Kinabalu, hari ini bagi mengetahui seputusan semakan terbabit.

Antara ADUN yang kelihatan adalah Bolkiah Ismail (Pitas), Julita Mojungki ( Matunggong), Anita Baranting (Tandek), Jahid Jahim (Tamparuli), Joniston Bangkuai (Kiulu), Kenny Chua (Inanam), Ghulam Haidar Khan (Kawang), Mohd Ariffin Mohd Ariff (Membakut) dan Isnin Aliasnih (Klias).

ADUN lain Limus Jury (Kuala Penyu), Matbali Musah (Sindumin), Dr Joachim Gunsalam (Kundasang), Abidin Madingkir (Paginatan), Robert Tawik (Bingkor), Ellron Angin (Sook), James Ratib (Sugud), Abdul Rahman Kongkawang (Labuk), Masiung Banah (Kuamut), Saddi Abdul Rahman (Sukau), Osman Jamal (Balung), Nizam Abu Bakar Titingan (Apas), Hamisa Samat (Tg Batu), Abdul Muis Picho (Sebatik). – K! ONLINE

The post Semakan kehakiman bubar DUN Sabah diketahui Jumaat ini appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *