Selepas Hammock, Lubuk Yu dibangunkan Taman Orkid

ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

MARAN – Kawasan Rekreasi Taman Ekorimba Lubuk Yu yang terkenal dengan aktiviti berehat dalam buaian atau ‘hammock’ akan menerima tarikan baharu apabila bakal dibangunkan dengan projek Taman Orkid.

Pegawai Daerah Maran, Sharuddin Jali berkata, tarikan baharu pelbagai jenis orkid itu akan menggunakan sebahagian daripada peruntukan RM500,000 bagi menaiktaraf kawasan tersebut.

“Pejabat Daerah Maran telah berkolaborasi dengan Jabatan Perhutanan Pahang yang bertanggungjawab melaksanakan projek dicadangkan itu yang dijangka menjadi kenyataan dalam Hammook Fest 2021.

“Bagaimanapun setiap projek di kawasan Taman Ekorimba Lubuk Yu ini tetap mengutamakan penjagaan alam semula jadi tanpa menjejaskan flora dan fauna,”katanya pada majlis penutup Hammook Fest 2020 kali keenam ┬ádi Taman Ekorimba Lubuk Yu di sini semalam.

Menurut Sharuddin, selain membangunkan Taman Orkid, peruntukan itu juga akan digunakan bagi meningkatkan kemudahan tapak perkhemahan dan pembinaan dewan serbaguna untuk kemudahan pengunjung. -K! ONLINE

 

The post Selepas Hammock, Lubuk Yu dibangunkan Taman Orkid appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *