Selangor sah pecat Sathianathan

KUALA LUMPUR – Pengendali berpengalaman, B. Sathianathan sah dipecat daripada kerusi ketua jurulatih Selangor berkuat kuasa serta merta susulan kekalahan memalukan 1-6 ke atas Johor Darul Ta’zim (JDT) di Stadium Sultan Ibrahim, kelmarin.

Sathianathan berkata, keputusan itu diterima dengan tangan terbuka dan berterima kasih sepenuhnya buat semua pemain, barisan kejurulatihan dan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) sepanjang hampir dua tahun membimbing skuad Gergasi Merah.

“Saya boleh sahkan telah dipecat daripada kerusi ketua jurulatih Selangor dan bukan meletak jawatan. Apa yang boleh saya katakan ketika ini adalah ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberi kerjasama sepanjang saya membimbing pasukan Selangor,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

The post Selangor sah pecat Sathianathan appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *