Sekatan jalan raya mulai tengah malam ini

Oleh OTHMAN YAHAYA

SUNGAI PETANI РPolis akan melakukan sekatan jalan raya dan menutup semua lorong tikus di  Amanjaya di sini mulai 12.01 tengah malam ini.

Sekatan jalan itu dilakukan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (Temco) susulan pandemik Covid-19 bagi Kluster Tawar.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Adzli Abu Shah memberitahu, sekatan jalan akan diadakan di empat lokasi di Ambangan Heights yang melibatkan  Zon Melur, Kenanga dan Mawar.

“Sekatan jalan raya diadakan bagi mengekang individu yang diarahkan untuk kuarantin di rumah daripada melanggar arahan tersebut.

“Penutupan beberapa lokasi termasuk 11 laluan tikus juga telah dikenal pasti,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, PKPD Temco itu juga melibatkan penggunaan kawat duri dan batu konkrit.-K! ONLINE

The post Sekatan jalan raya mulai tengah malam ini appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *