‘Saya tidak terasa hati’

Oleh Ivan Amirul

KOTA KINABALU – Ketua Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin tidak terasa hati di atas ketidaksepakatan sesetengah pihak berhubung kepercayaan diberikan kepadanya bagi memimpin parti berkenaan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Menurut Ahli Parlimen Kinabatangan itu, beliau boleh menerima pandangan terbabit kerana tahu bukan semua pihak bersetuju dirinya memimpin jentera Barisan Nasional (BN).

“Saya tidak terasa hati. Kita harus bijak dalam menghadapi peperangan seperti ketika dalam pertempuran. Kita tidak boleh melakukan kesalahan tetapi harus mempersiapkan peluru untuk menghadapi lawan.

“Perkara paling penting ialah kukuhkan kekuatan jentera agar kita dapat meraih kemenangan ketika pilihan raya kelak,” katanya kepada pemberita di sini tadi.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada pergolakan dalaman mempengaruhi persiapan pilihan raya, Bung mengatakan hal berkenaan pasti terjadi tetapi mereka masih mempunyai masa untuk memperbaiki masalah yang ada di semua 25 bahagian. -K! ONLINE

 

The post ‘Saya tidak terasa hati’ appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *