Saringan kesihatan lebih ketat di terminal pengangkutan awam

PUTRAJAYA – Semua operator di terminal dan stesen termasuk perkhidmatan kaunter pengangkutan awam di seluruh negara perlu melaksanakan langkah-langkah pencegahan Covid-19 serta saringan kesihatan yang lebih ketat mulai esok.

Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong berkata, langkah-langkah pencegahan Covid-19 seperti melakukan pembersihan atau disinfeksi juga perlu dilaksanakan di semua lokasi terbabit.

Beliau berkata, prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) seperti mengamalkan penjarakan fizikal dan penggunaan pelitup muka perlu dikuatkuasakan tanpa kompromi demi kepentingan semua pihak termasuk para kakitangan dan pengguna pengangkutan awam.

“Mohon ambil perhatian serius berhubung perkara ini. Sebanyak 260 kes dilaporkan positif Covid-19 hari ini dan peningkatan sehingga angka tiga digit ini pastinya membimbangkan kita semua.

“Saya yakin dan percaya bahawa kita semua tidak mahu lagi dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan seperti yang telah dilalui pada bulan Mac lalu,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. -K! ONLINE

The post Saringan kesihatan lebih ketat di terminal pengangkutan awam appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *