Safawi bakal sertai kelab Portugal

KUALA LUMPUR – Penyerang sensasi Johor Darul Ta’zim (JDT), Safawi Rasid hampir pasti berkelana di Eropah pada musim depan selepas skuad Harimau Selatan menerima tawaran daripada kelab Liga Portugal, Portimonense SC hari ini.

Pengarah Sukan JDT, Martin Prest mengesahkan perkara tersebut dalam entri terkini di laman Facebook Johor Southern Tigers sebentar tadi.

“JDT ingin mengesahkan bahawa kami telah menerima tawaran untuk Safawi Rasid dari Portimonense SC, kelab Liga Premier Portugal.

“Kami percaya tawaran itu baik untuk JDT dan Safawi, dan dengan itu kami bersedia melepaskan Safawi untuk meneruskan kariernya di Eropah.

“Bagaimanapun, kami tidak dapat mendedahkan perincian tawaran kerana rundingan akhir masih dijalankan,” kata Prest.-K! ONLINE

The post Safawi bakal sertai kelab Portugal appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *