Rosol tinjau Kempen Beli Barangan Malaysia di Sandakan

SANDAKAN – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Rosol Wahid mengadakan walkabout di Pasar Raya Besar Mydin Sandakan di sini semalam bagi meninjau sambutan terhadap Kempen Beli Barangan Malaysia dan Program Jualan Malaysia 2020.

Menurut beliau, tempat letak kenderaan yang penuh dan pengguna berbaris memasuki Pasar Raya Mydin di samping semuanya mematuhi prosedur operasi standard Covid-19 memberikan gambaran yang sangat positif terhadap pemulihan ekonomi negara terutama dalam sektor peruncitan.

“Syabas juga kepada Mydin kerana menyediakan rak dan ruangan khas di pintu masuk pasar raya untuk usahawan Sandakan memasarkan produk tempatan seperti sambal dan kerepek,” katanya.

Di samping itu, terdapat barangan keluaran tempatan seperti minyak masak, tisu dan minuman pada harga rendah sekali gus dapat mengurangkan perbelanjaan dan kos sara hidup pengguna.

Ketika ditanya mengenai potensi produk sejuk beku keluaran negeri in, Rosol berkata, beliau akan meminta pegawai kementerian dan agensi berkaitan agar membantu usahawan Sabah dalam aspek pembungkusan, pemprosesan dan pemasaran hasil laut Sabah yang terkenal kerana murah dan segar.-K! ONLINE

The post Rosol tinjau Kempen Beli Barangan Malaysia di Sandakan appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *