Remaja maut Perodua Kancil rempuh pacuan empat roda

Oleh IVAN AMIRUL

RANAU – Seorang remaja lelaki maut selepas kereta jenis Perodua Kancil yang dipandunya merempuh pacuan empat roda di Kilometer 50, Jalan Ranau-Telupid di sini hari ini.

Dalam kejadian pada pukul 1.50 tengah hari itu, mangsa yang juga pelajar kolej berusia 18 tahun dipercayai memandu seorang diri dari arah Telupid menuju ke Kota Kinabalu.

Selepas memotong kenderaan di hadapannya, kereta yang dipandu mangsa hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Superintendan Sammy Newton berkata, Perodua Kancil mangsa kemudiannya gagal mengelak dan merempuh Toyota Hilux di laluan bertentangan.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa tersepit di dalam kenderaannya dan mengalami kecederaan parah di badan dan kepala.

“Remaja itu sebelum disahkan meninggal dunia di tempat kejadian manakala pemandu pacuan empat roda hanya cedera ringan.

“Mayat mangsa dikeluarkan oleh anggota bomba dan seterusnya dibawa ke Hospital Ranau di sini,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Sammy berkata, siasatan lanjut masih dijalankan. Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -K! ONLINE

 

The post Remaja maut Perodua Kancil rempuh pacuan empat roda appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *