PUC Sport jual jersi serendah RM7.50 kepada pengedar

KOTA BHARU – PUC Sport membuka peluang kepada usahawan baharu untuk menjadi pengedar  dan menjual lebih daripada 30,000 helai jersi keluaran syarikat di pasaran tempatan.

Pengarah Urusan syarikat, Mohd. Shukry Pauzi, berkata, pihaknya hanya membuka pendaftaran percuma kepada 100 usahawan terawal bagi menjana pendapatan lumayan dan berpeluang untuk bekerjasama membuat produk sendiri bersamanya.

Menurut beliau, pengedar yang terpilih akan memperoleh harga jersi istimewa yang dijual pada harga RM7.50 sehelai.

“Lebih 30,000 bekalan jersi baharu disediakan untuk pengedar terpilih dan peluang keemasan ini khas kepada peniaga pasar malam, peniaga oenline,  pemilik kedai pencetakan dan jersi.

“Jersi keluaran PUC Sport berkualiti tinggi, selesa, tidak panas, mudah menyerap peluh, berharga murah malah kami memberi jaminan pengedar  akan mendapat seberapa banyak jumlah jersi yang ditempah, ” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Mohd. Shukry menerangkan, pada peringkat permulaan, syarikat tersebut melancarkan sembilan rekaan jersi dan corak baharu antaranya Shark Blue, Shark Navy LS, Shark Ringers, Shark Green dan Shark Red.

Menurut Shukry, PUC Sport ketika ini mempunyai lebih daripada 10 rekaan jersi dan ia akan ditambah dari masa ke semasa

“Pengedar akan memperoleh kelebihan yang mana mereka akan menjadi kumpulan pertama mendapatkan keluaran terbaru jersi dan perniagaan mereka turut di promosi di Facebook PUC Sport,” ujarnya.

The post PUC Sport jual jersi serendah RM7.50 kepada pengedar appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *