
Prof Dr Mohamad Kami Abdul Majid menyerahkan borang keahlian kepada Datuk Husam Musa.
Pakar dalam bidang Usuluddin dan Pemikiran Islam Prof Dr Mohamad Kami Abdul Majid hari ini menyertai Parti Amanah Negara (AMANAH).
Adik kepada Prof Emeritus Datuk Dr Mahmood Zuhdi itu menyertai AMANAH dalam Majlis Pelancaran Tanweer Parti AMANAH Negeri Kelantan oleh Naib Presiden Dato Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa di Kota Bharu pagi ini.
Penyertaan beliau sudah pasti memberikan suntikan baru kepada AMANAH kerana beliau merupakan antara tokoh ulama’ tersohor tanahair dan berkhidmat di Universiti Malaya lebih 35 tahun.
Beliau lebih mesra dipanggil Ustaz Kamil pernah menjadi pensyarah di Akademi Islam dari tahun 1981 hingga 2016 telah menjawat pelbagai jawatan di API.
Antaranya, Timbalan Dekan Fakulti Usuluddin (1987-1990), Timbalan Pengarah Akademi Pengajian Islam (1996-2002), Ketua Jabatan Dakwah dan Pembangunan Insan (2005-2005) dan lain-lain lagi.

Prof Kamil memberi ucapan di Majlis Pelancaran Tanweer Parti AMANAH Negeri Kelantan pagi ini.