Prestasi AmBank kukuh pada suku pertama

KUALA LUMPUR – AMMB Holdings Bhd. (Kumpulan ­AmBank) merekodkan pendapatan berjumlah RM1.092 bilion bagi suku pertama (Q1) tahun kewangan semasa yang berakhir pada 31 Mac 2021, pertumbuhan 2.6 peratus berbanding tahun sebelumnya.
Perbelanjaan dikawal baik pada RM538.6 juta, peningkatan sebanyak 1.9 peratus manakala kadar kos kepada pendapatan bertambah kukuh kepada 49.3 peratus berban­ding 49.7 peratus setahun lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Ambank, Datuk Sulaiman Mohd. Tahir berkata, beliau berpuas hati dengan ­prestasi Kumpulan secara ke­seluruhan, dengan perolehan pada suku pertama melepasi paras RM1 bilion.
Jelasnya, ia disokong pendapatan kukuh daripada perdagangan dan pelaburan, yang telah mengurangkan kesan pemampatan margin keuntu­ngan dan kerugian pengubahsuaian bersih daripada pinjaman serta pendahuluan di bawah moratorium.
“Kami secara aktif berhubung dengan pelanggan sebaik perintah kawalan pergerakan (PKP) dialihkan bagi memahami ke­perluan kewangan mereka dan menawarkan bantuan.
Beliau berkata demikian dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini semalam.
Impak daripada pelaksa­naan moratorium selama enam bulan bermula 1 April lalu, Kumpulan mengalami kehila­ngan bersih berjumlah RM57.5 juta bagi Q1 2021.

The post Prestasi AmBank kukuh pada suku pertama appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *