Polis cari pemandu langgar motosikal

Oleh ABDUL RASHID ABDUL RAHMAN

BENTONG – Polis menahan pemilik sebuah kereta yang melanggar seorang penunggang motosikal di Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak di sini hari ini.

Ketua Polis daerah, Superintendan Yusof Unis berkata, bagaimanapun sehingga kini tiada laporan polis dibuat mana-mana individu mengenai kejadian itu.

“Kita sudah dapat (maklumat) dan tunggu kenyataan rasmi nanti,”katanya di sini, hari ini.

Petang tadi, tular rakaman video sebuah kereta jenis Toyota yang memotong di laluan kecemasan sebelah melanggar sebuah motosikal.

Tindakan pemandu kereta berkenaan yang terus memecut meninggalkan mangsa yang terjatuh di atas jalan menimbulkan kemarahan netizen mengenai sikap tidak bertanggungjawab individu berkenaan. – K! ONLINE

The post Polis cari pemandu langgar motosikal appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *