PGA serbu rumah dipenuhi daun ketum

PADANG BESAR – Pasukan Gerakan Am (PGA) menemui sebanyak 6,310 kilogram (kg) daun ketum yang telah siap dibungkus dengan plastik lutsinar memenuhi sebuah rumah di Kampung Baru Wan Nik di sini hari ini.

Kesemua daun ketum yang dirampas itu dianggarkan bernilai RM189,300.

Pegawai Pemerintah Batalion 18 PGA Pengkalan Hulu, Perak, Superintendan Abdul Razak Md. Din memberitahu, pihaknya menerima maklumat berhubung sebuah rumah yang dipercayai menyimpan daun ketum kira-kira pukul 12.30 tengah malam ini.

Kata beliau, sepasukan anggota kemudian pergi lokasi tersebut untuk membuat pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati rumah yang tidak berpenghuni itu dipenuhi longgokan plastik lutsinar mengandungi daun-daun hijau disyaki daun ketum.

“Bungkusan daun ketum memenuhi ruang tamu, ruang dapur dan tiga bilik,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambahnya, kesemua rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Padang Besar untuk tindakan lanjut.-K! ONLINE

The post PGA serbu rumah dipenuhi daun ketum appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *