Perak ratah Felda United 5 – 1

Oleh AZIZAN HASHIM

IPOH – Penyerang prolifik, Muhammad Shahrel Fikri Md. Fauzi membuktikan kehebatannya apabila menyumbang empat gol ketika Perak membaham Felda United FC 5-1 di Stadium Perak di sini sebentar tadi.

Kemenangan terbesar Perak setakat ini itu sekaligus melonjakkan pasukan The Bos Gaurus ke tangga kedua liga sekurang-kurangnya untuk 24 jam kerana Kedah tidak turun beraksi malam ini.

Dengan kejayaan itu, Perak mengutip 17 mata untuk memintas Lang Merah yang akan bertemu Pahang malam esok dengan kelebihan satu mata.

Apa yang pasti malam ini nyata milik penyerang kebangsaan itu yang membuka jaringan melalui sepakan percuma dari luar kotak penalti pada minit ke-17.

Jaringan itu nyata meredakan tekanan tuan rumah apabila pelawat menyerbu garang sebaik sepak mula cuma gagal melakukan penyudah.

Shahrel atau lebih mesra dengan panggilan Eki di kalangan rakan bagaikan sukar disekat pada babak kedua apabila menyumbat tiga lagi gol.

Pemain itu menunjukkan ketajaman membuat penyudah apabila berada dalam kotak penalti dengan meledak gol pada minit ke-46 dan ke-69 dan ke-85.

Perlawanan ini turut menyaksikan penyerang import, Guilherme de Paula menyumbat gol untuk menamat kemarau jaringan sejak liga bersambung.

Bagi kesungguhan mereka Felda United atau The Fighters bimbingan Mohd Nidzam Jamil memperolehi jaringan saguhati melalui jaringan Nicholas Leandro Velez pada minit ke-62.

The post Perak ratah Felda United 5 – 1 appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *