Penunggang motosikal maut rempuh musang

Oleh AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Seorang lelaki maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh seekor musang betina di Kilometer 41, Jalan Gua Musang – Kuala Krai di sini pagi tadi.

Dalam kejadian pada pukul 2 pagi itu, Nik Ahmad Ab. Aziz, 30, yang tinggal di Felda Chiku 3 di sini meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal jenis Yamaha 125 seorang diri dari arah Gua Musang menghala ke rumahnya di Felda Chiku 3 di sini.

Katanya, setibanya di lokasi kejadian, mangsa terlanggar seekor binatang liar dipercayai musang pandan yang melintas secara tiba-tiba muncul dari kawasan semak.

“Setelah merempuh musang itu, motosikal mangsa hilang kawalan sebelum terbabas di garisan tengah jalan.

“Mangsa yang mengalami cedera teruk di bahagian kepala telah meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya.

Tambah Mohd. Taufik, mangsa mengalami kecederaan teruk di bahagian kepala kerana tidak memakai topi keledar ketika kejadian.

Katanya, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Gua Musang untuk proses bedah siasat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – K! ONLINE

The post Penunggang motosikal maut rempuh musang appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *