Penggambaran filem sahaja

Oleh NOR AZIHAN MD. GHAZALI

KUALA LANGAT – Gambar tular anggota polis mengacukan pistol kepada seorang individu di Jalan Sultan Abdul Samad menghala ke Morib di sini sebenarnya merupakan penggambaran filem Tamil.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, penggambaran filem tersebut telah dimaklumkan oleh Ibu Pejabat Polis Bukit Aman kepada beliau.

Katanya, penggambaran tersebut hanya berlaku sekejerintendan ap sahaja dan akan melibatkan beberapa daerah lain juga.erinted

“Bagaimanapun, kita juga telah meletakkan beberapa anggota untuk memantau sepanjang proses pengambaran itu.

“Justeru, masyarakat diminta untuk tidak panik berhubung penularan gambar memaparkan anggota polis sedang mengacukan pistol kepada seorang individu,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, tular di laman sosial Facebook sejak semalam berhubung gambar anggota polis sedang mengacukan pistol kepada seorang lelaki di samping terdapat sebuah kenderaan polis peronda berhampiran kejadian tersebut.  – K! ONLINE

The post Penggambaran filem sahaja appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *