Penganggur ditahan kurang 15 jam selepas pecah rumah

Oleh AZAHAR HASHIM

KULIM – Seorang penganggur tidak sempat menikmati hasil kegiatan pecah rumah apabila dia ditahan di sekitar kawasan Lunas di sini semalam.

Suspek berusia 49 tahun itu ditahan kira-kira pukul 2.30 petang iaitu kurang 15 jam selepas memecah masuk dan melarikan barang berharga dari sebuah rumah di Taman Keladi di sini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Azhar Hashim memberitahu, kejadian pecah rumah itu disedari penghuninya yang merupakan seorang peniaga berusia 37 tahun kira-kira pukul 12 tengah malam semalam.

“Mangsa yang baru pulang terkejut keadaan rumah yang berselerak selain ternampak siling rumah pecah dan kesan tapak kaki dipercayai milik suspek masuk ke rumahnya melalui bumbung,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, lelaki itu kemudian mendapati beberapa barangan seperti seperti komputer riba jenama HP, cincin emas, satu set perhiasan mutiara dan wang tunai kira-kira RM3,000 hilang,” ujarnya.

Menurut Azhar, anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah menemui suspek dalam keadaan mencurigakan di Lunas dan menahannya untuk pemeriksaan kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

“Pemeriksaan menemui sebuah beg galas, komputer riba jenama HP berwarna merah, dua utas rantai tangan berlainan bentuk dan satu loket warna keemasan.

“Hasil soal siasat suspek mengaku terlibat dengan kes pecah rumah di Taman Keladi,” jelasnya.

Tambahnya, suspek didapati mempunyai lapan rekod jenayah lampau dan kes disiasat mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan.-K! ONLINE

The post Penganggur ditahan kurang 15 jam selepas pecah rumah appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *