Pemohon PA dan PPR perlu kemaskini maklumat

KUALA LUMPUR – Dewan Bandara Kuala Lumpur (DBKL) menggesa pemohon yang membuat permohonan rumah sewa Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dari tahun 1998 sehingga 2018 untuk mengemas kini maklumat permohonan bermula hari ini sehingga 30 November akan datang

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pemohon diminta untuk mengemas kini maklumat tanpa perlu hadir ke DBKL.

“Bagi pemohon yang memohon sejak 1998 sehingga 2018 diminta untuk kemas kini maklumat dengan melayari http://eperumahan.dbkl.gov.my/eRumah/.

“Beberapa maklumat seperti kad pengenalan, pendapatan, status perkahwinan maklumat pasangan maklumat tempat tinggal, ahli keluarga, maklumat Orang Kurang Upaya (OKU) jika ada serta butiran harta,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Jelas beliau, sebarang permasalahan boleh email kepada eperumahan@dbkl.gov.my atau hubungi talian 03-26176014.

“Pemohon yang gagal mengemaskini maklumat permohonan akan dikategorikan sebagai tidak aktif serta tidak akan diproses permohonannya,” ujarnya. – K! ONLINE

The post Pemohon PA dan PPR perlu kemaskini maklumat appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *