PEMANDU MAUT, TRAKTOR JATUH LONGKANG

BEAUFORT: Seorang pemandu traktor maut apabila kenderaan berat dipandunya terbabas dan terjatuh ke dalam longkang di Kampung Luagan Rampang, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 3.40 petang itu, mangsa Abdul Hamid Raja, 59, yang tersepit di tempat duduk pemandu disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 3.50 petang berhubung kejadian itu.

Katanya, seramai 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Beaufort bersama jentera dikerahkan ke lokasi kejadian yang terletak sejauh kira-kira 25 kilometer.

“Menurut Komander Operasi, kemalangan membabitkan sebuah kenderaan jenis Traktor Kobuto yang gagal dikawal sehingga terbabas sendiri masuk ke longkang.

“Seorang mangsa lelaki tersepit berjaya dikeluarkan dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Menurutnya, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi kemudian ditamatkan pada jam 6.30 petang selepas dipastikan kawasan kemalangan selamat dilalui oleh semua jenis kenderan lain,” katanya.-http://beritasabah.com

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *