Pemandu maut, tiga wanita cedera

Oleh KHAIRUL MOHD. ALI

JOHOR BAHRU – Seorang lelaki maut manakala tiga wanita cedera apabila kereta Proton Saga dinaiki mereka terlibat dalam kemalangan dengan sebuah lori di Jalan Ulu Pulau, menghala ke Pekan Nenas, dekat sini hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Pekan Nenas, Pegawai Bomba Kanan II, Md. Nor Parmon berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 5.31 petang.

Katanya, operasi melibatkan tujuh pegawai dan anggota serta sebuah jentera.

“Setibanya di lokasi, pemandu Proton Saga iaitu seorang lelaki dewasa maut, manakala tiga yang lain termasuk dua wanita cedera.

“Sementara itu, pemandu lori terlibat tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambahnya, operasi kemudian ditamatkan pada pukul 6.55 petang. – K! ONLINE

The post Pemandu maut, tiga wanita cedera appeared first on Kosmo Digital.

Source

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *